Tuesday, June 21, 2011
Relaxing Pachelbel :)
Monday, June 20, 2011
Ahmad Mikhail Bin Petry ~
Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rizki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. " Baik sebenarnya maksudnya.Hehehe :) Maafkan sayaa ya mama :P
sebelum tu yang sebenar-benarnya mama terpikatt lagi ngan nama Darwish.Adehh! Penatnya la ba juga melayan karenah si mama ni..
At last..mau juga dia putuskan satu keputusan untuk arwah..
AHMAD MIKHAIL BIN PETRY :)
cantik kan nama tu?
Mikhail,kami sudah dapat nama untuk kau..Last word~
BERBAHAGIALAH DI SANA :')
byhand,ADILA:)
Sunday, June 19, 2011
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ <--------:: To Allah we Belong and to Him we Return
Saturday, June 18, 2011
Hanya Allah yang menentukan :')
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".Hmm :( Semalam tidur kat hospital with my dad.bangun pagi tadi awal!sebab doktor mau periksa mama . mama ambil wad first class,jadi berapa org pun boleh jaga~
Ya Allah… terima kasih karena Engkau selalu mengasihi kami secara berkelimpahan tiada batas setiap saat.
Ya Allah… bantulah & bimbinglah kami agar dapat berdoa kepadaMu dengan sepenuh hati & perasaan kami, memasrahkan semua masalah, beban, hambatan, pikiran, jiwa, hati & seluruh diri kami seutuh-utuhnya kepadaMu.
Ya Allah… terangilah hati kami agar semua kesombongan dibersihkan & digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.
Ya Allah… terangilah hati kami agar semua kemarahan dibersihkan & digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.
Ya Allah… terangilah hati kami agar semua sifat ingin mementingkan diri sendiri dibersihkan & digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.
Ya Allah… terangilah hati kami agar semua perasaan iri & dengki dibersihkan & digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.
Ya Allah… terangilah hati kami agar semua keserakahan & kelicikan dibersihkan & digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.
Ya Allah… bantulah & bimbinglah kami agar mudah bagi kami untuk memberi maaf kepada siapapun yang pernah bersalah kepada kami dengan setulus-tulusnya. (Ingat kembali siapapun yang pernah bersalah & maafkan dengan setulus-tulusnya sambil menyadari bahwa hubungan hati anda kepada Tuhan adalah yang terpenting & jangan sampai hubungan ini dihalang-halangi oleh emosi-emosi negatif yang diakibatkan orang lain terhadap anda)
Ya Allah… dengan telah kami maafkannya mereka, berkatilah hati kami agar semua kebencian, dendam, sakit hati, ketidakpuasan, kejengkelan & emosi-emosi negatif lainnya yang disebabkan oleh orang lain, semuanya dibersihkan & dikeluarkan dari hati kami untuk digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.
Ya Allah… bantulah & bimbinglah kami agar kami dapat semakin sadar akan kesalahan kami, baik kepadaMu maupun kepada sesama kami, memohon ampun kepadaMu dengan setulus hati kami & dengan sepenuh kesungguhan & perasaaan hati kami.
Ya Allah… bantulah & bimbinglah kami agar cahaya & kasih sayangMu semakin meresap di dalam hati kami, bersinar semakin indah & terang di dalam hati kami, untuk memberikan ketenangan, kedamaian & kebahagiaan yang sejati di dalam hati kami.
Ya Allah… terpujilah Engkau Yang Maha Esa, Maha Kuasa & Maha Segalanya untuk sekarang & selama-lamanya.
Terima kasih ya Allah atas nikmat dan ujian yang telah Kau beri…
YA ALLAH,AKU BERSERTA KELUARGAKU BERSERAH KEPADAMU YANG MAHA BERKUASA..TERIMA KASIH ATAS UJIAN INI. :')
Thursday, June 16, 2011
Kisah Misteri Alam Roh
"Bayangkan, sepanjang tempoh saya berada dalam keadaan koma, saya 'dijaga' oleh arwah ayah yang duduk di sebelah katil saya. Kalangan 'pelawat' yang datang pula terdiri daripada anggota keluarga saya yang semuanya sudah meninggal dunia," ceritanya.
Beliau tidak pasti sama ada ia satu mimpi, mainan dalam kepala atau itulah berlaku pada seseorang yang berada dalam keadaan 'antara hidup dan mati' - koma. Hatta, hanya orang yang duduk dalam alam roh saja boleh bertemu roh (orang yang sudah meninggal dunia).
Sambungnya lagi: "Apabila saya mengerang kesakitan, arwah bapa saya akan mengurut belakang saya, sambil memberi kata-kata semangat berbunyi: 'Tak apa, ayah ada untuk bantu', 'sabar, lepas ini baiklah tu'. Akhirnya, arwah bapa mengajak saya mengikutnya pulang."
Menurut rakan itu lagi, beberapa minggu selepas keluar dari IJN, beliau balik ke kampungnya dan kebetulan seorang ustaz yang juga pernah menjadi gurunya datang menziarah.
"Ustaz itu tanya, sama ada saya ada mengalami sesuatu (macam mimpi) ketika menjalani pembedahan dan dalam keadaan koma. Maka, saya ceritalah pengalaman saya itu tetapi beliau tidak terkejut. Malah kata beliau, jika saya ikut kehendak arwah bapa yang mengajak saya pulang bersamanya, ia bermakna saya akan 'mengikutnya ke dunia lain' juga (meninggal dunia). Namun, takdir belum menetapkan ajal saya," katanya.
Ada yang kata, sebab itu apabila seseorang baru sedar daripada koma atau pengsan, dia akan meracau dan pelbagai kata-kata terkeluar daripada mulut dan sesetengahnya lucu atau tidak masuk akal termasuk menyebut perkara yang bukan-bukan seperti memanggil nama orang yang sudah meninggal dunia.
Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 24 jam selesai menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua di IJN genap setahun lalu, pernah mengeluarkan kata-kata lucu kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
"Selepas sedarkan diri, beliau (Dr Mahathir) sempat berjenaka dan menanyakan beberapa perkara lucu kepada ibu (Dr Siti Hasmah)," kata anaknya, Mokhzani ketika itu tetapi tidak menjelas lanjut perkara lucu yang dimaksudkan.
Ada satu lagi misteri, yang biasanya berlaku dalam masyarakat Melayu ialah seseorang yang akan meninggal dunia, menyebut nama-nama mereka yang sudah lama meninggal dunia. Biasanya kejadian seumpama ini hanya disedari selepas seseorang itu meninggal dunia.
Cerita pula seorang rakan bernama Osman: "Arwah bapa mentua saya, kerap kali menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah lama meninggal dunia. 'Si anu' mengajak saya mengikutnya..... Itu berlaku kira-kira enam bulan sebelum dia meninggal dunia. Ada juga antara kami menganggap kenyataan itu sebagai nyanyuk."
Malah ada juga cerita menyatakan orang yang baru meninggal dunia, masih berupaya untuk mengenali siapa yang datang menziarahi dan begitu juga apabila arwah sudah berada di liang lahad.
Bagaimanapun, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed ketika diminta pandangannya mengenai pendapat bahawa jenazah (orang sudah mati) boleh melihat mereka yang datang menziarah, berkata al-Qurtubi dalam At-Tazkirah menjelaskan, orang mati nampak orang yang melaluinya.
"Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup," katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan." (Surah at-Tawbah, ayat 105).
Malah katanya, orang yang sudah mati diceritakan berdoa kepada Allah apabila ada di dunia ini yang hendak mati, meminta supaya jangan dicabut dulu nyawa orang itu kerana dia belum sedia hendak mati disebabkan amal yang kurang.
"Roh ini ada tiga keadaan dan satu daripadanya ialah roh berhubung sesama mereka tanpa had, maknanya antara roh sesama roh boleh berhubung. Contoh macam kita mimpi berjumpa roh lain atau pergi ke satu tempat.
"Begitu juga apabila kita berjumpa dengan seseorang, rasa macam mudah hendak kenal dan selesa. Maknanya, roh pun buat kajian mengenai orang yang selari dengan dia dan mudah bertolak ansur. Ini serupa dengan keadaan di mana ada orang yang kita jumpa tetapi tidak boleh 'ngam'. Orang nak meninggal ini Allah bagi kelebihan. Sebab itu ada yang sedang nazak kita dengar dia sebut nama orang yang sudah meninggal dunia," jelasnya.
Ibn al-Qayyim dalam Kitab ar-Ruh menyatakan: Apabila seseorang menziarah kubur, orang dalam kubur mengenali orang yang datang dan mendengar suara mereka. Mereka menjadi gembira dan membalas salam orang yang datang. Ini bukan untuk orang yang mati syahid saja, malah untuk semua orang mati dan tidak terhad waktunya.
Ada juga pendapat menyatakan bahawa kebiasaannya orang tua akan menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah meninggal dunia, semata-mata kerana sudah nyanyuk, apabila memorinya sudah tidak seimbang.
Penulis teringat tulisan Nuraina Samad dalam blognya Julai tahun lalu mengenai bapanya, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau Pak Samad yang meninggal dunia, Khamis lalu.
Nuraina, bekas wartawan New Straits Times (NST) berkata, mereka sekeluarga sudah biasa dengan bapa mereka yang kerap terlupa dan ada ketikanya mereka berasakan yang Pak Samad bagaikan berpura-pura lupa nama dan peristiwa tertentu.
" Ada ketikanya, kita rasa hairan dengan sikap bapak. Bapak bertanya mengenai Kak Eda. 'Lama Kak Eda tak datang', kata bapak kepada saya. Saya bagi tahu bapak, Kak Eda dah meninggal dan bapak terkejut dengan menyatakan 'tiada siapa bagi tahu saya.'
"Saya kata, bapak.... kan bapak dah tahu Kak Eda dah meninggal dunia kerana kanser, cuma bapak tidak ingatnya sekarang, kata saya perlahan. Bapak terdiam agak lama," kata Nuraina. Kad Eda atau Noraida Samad, 51, meninggal dunia pada 8 Mac tahun lalu kerana kanser.
Kira-kira sebulan sebelum sambutan 50 tahun Berita Harian Julai tahun lalu, penulis menghubungi Nuraina untuk membuat temu bual khas dengan Pak Samad, sempena sambutan itu untuk disiarkan dalam keluaran khas.
"Tak ada masalah, tetapi yang jadi masalahnya ialah kadangkala bapak antara sedar dan tak sedar. Ok, macam ini, you e-mel saja semua soalan pada saya. Apabila bapak berada dalam keadaan sedar, saya sendiri akan bertanya dan catatkan. Bila siap akan e-mel you semula," kata Nuraina. Ternyata Nuraina tidak menghampakan.
Segala coretan dalam kolum ini, adalah sebagai pengajaran akan kebesaran Allah dan betapa dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Wang berjuta, timbunan harta dan deretan gelaran, semuanya untuk kesenangan dunia yang tidak akan dibawa bersama-sama ke dunia lain, apabila tiba masanya nanti. Fikir-fikirkanlah.
Vitamin E . Kelebihan dan Keberkesanannya :)
Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.
3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.
4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.
7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
_______________________________
Vitamin E semula jadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun. Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.
* Meydani, SN, Meydani M, Blumberg JB, et.al. Vitamin E supplementation and in vivo immune response in healthy elderly subjects: a randomized control trial. Journal of the American Medical Association 1997; 277:13801386.
SMESH OH SMESH! DILEMMA :(
sekarang ne aii kat rumah..hhmm~semua orang x pecaya aku sakit..hello!pikir aku teda kerja ka ??? plisla ah!geram ba ne sebenarnya..bukan apa..eh!malas la mau cerita..
oh ya!sekarang ne di hospital..mama masih lagi di hospital~x pasti lagi bila boleh keluar..hhmm.. *MAMA
setakat ne ja la untuk hari ini yaa ;)
TRIMAS :D
Tuesday, June 14, 2011
Mama oh mama!
Ada dibekalkan sedikit gambar ya ..^^..
Wednesday, June 8, 2011
Cuti , don't leave me :(
About cuti.
best la cuti . cuti pendek ja~2 minggu . x terasa pun . sedih la,cuti ni aku x sempat jalan ngan #faiq and #fatin .. mau jalan ngan dorang haritu , tapi x sempat . taon depan faiq x pgi sni daa . hhmm . x jumpa la ne lagi . xpa, life goes on ! hahaha .
berapa bulan ja lagi aku d smesh . walaopun masih ada rasa bersalah , sebab bnyk org maw aku d sana . aku rasa aku tetap ngan keputusan aku ~ gilaaa ! stress ba masuk asrama . bukan calang2 , asrama penuh bebb ! Semoga tuhan bagi aku petunjuk apa yg aku ptt buat .
night all ! :)
Get Hi5 Falling Hearts 








